Thursday, 19 March 2015

Kawan Menjadi Cinta

Walaupun sekejap cuma perkenalan ini ianya sudah pun menunjukkan satu perasaan yang berbeza. Ramai yang mengatakan lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan rapat kerana lama kelamaan akan terbit rasa cinta antara salah seorang dari mereka. Dari berkawan bertukar menjadi kekasih dan kebanyakkan kekasih yang berpisah tidak boleh menjadi kawan. Ianya realiti kerana some of them pernah merasai pengalaman sebegini.


Saya mempunyai seorang kawan. Yang baru dikenali dari kawan kepada kawan. Dan siapa sangka tanpa sedar saya menyimpan perasaan padanya. Jatuh hati pada kawan sendiri kadang kala sesuatu yang tidak dapat di elakkan. Begitulah yang saya rasa saat itu. Dalam hati dah berkata, "Ok...just friend. Tak boleh pergi jauh dari itu." Tapi semua itu memang tak boleh dijangka. Mungkin kerana layanannya terhadap saya berbeza. Dan mungkin juga disebabkan kata-kata kawan yang sentiasa ingin menyatukan saya dengannya. Itu adalah mustahil. Pelbagai alasan saya berikan bagi menidakkan perasaan ini tapi bila suatu saat saya akui yang dalam diri ini memang ada sedikit perasaan suka. Suka sebabnya dia mempunyai ciri-ciri yang saya sentiasa idamkan bagi seorang lelaki dan juga mungkin kerana perhatian yang diberikan.

Ok, itu merupakan suatu perasaan yang tidak dapat dielakkan. Namun, ada satu lagi perkara besar yang harus saya tempuhi iaitu meluahkan perasaan itu. Untuk meluahkan perasaan dan isi hati memang sangat sukar kerana setiap kata itu boleh mendatangkan kesan positif dan negatifnya. Saya bimbang ianya akan menjejaskan hubungan persahabatan sedia ada dan ianya pasti sangat memalukan.

Saya risau untuk meluahkan kerana jika tiada sambutan pastinya akan mendatangkan kesan. Sedangkan hati saya tertanya-tanya, "Sukakah dia pada saya?" Atau sukanya hanya sebagai seorang kawan. Hmm.....

Tetapi untuk memendam rasa dan dianggap gila kerana sukakan kawan sendiri adalah tidak. Biar orang kata kita gila kerana jatuh cinta pada kawan sendiri kerana rasa cinta itu milik kita. Orang yang gila mana ada rasa cinta dan kasih ni... Ramai yang tidak berani berterus terang dan meluahkan rasa dihati kerana bimbang akan hubungan persahabatan yang mungkin terjejas.

Bagi situasi saya yang sukakan kawan sendiri, terdapat dua perkara yang perlu saya hadapi. Walaupun ianya sukar tapi suatu tindakan itu perlu dibuat. Firstnya, saya mengaku dan berhadapan dengan risiko kehilangan kawan. Keduanya, saya sembunyikan saja perasaan ini dan bersedia untuk patah hati setiap kali dia berbicara tentang gadis kesukaannya. "Owhhh... dua-dua sangat membuntukan fikiran saya ketika ini."

Alhamdulillah. saya jumpa jalan penyelesaiannya. Terima kasih kepada sahabat yang memberi nasihat untuk melakukan solat sunat istikarah. Makanya, seminggu berturut-tutut saya melakukan solat sunat istikarah. Saya ada keputusan saya yang tersendiri. Saya pasti, bukan dia yang saya cari. Tapi kalau ianya jodoh pasti tak kemana.

So, Allah permudahkan cara bagi saya menyelesaikan perasaan ini. Peluang terbuka bila dia menyatakan tentang seseorang yang mencuit perasaan cinta dihatinya. Walaupun ianya bukan saya tapi ianya lebih baik bagi hubungan kami ini. Dia mengaku mempunyai seseorang. Hati saya memang terasa sayu bila dia menyatakan tentang dirinya yang sudah berpunya tapi saya lagi sangat sedih bila dia menuduh yang saya mempunyai seseorang disaat ini. Saya sabarkan diri. Dan dengan sikap berani saya mengaku yang sebenarnya saya sukakan dia. Tapi hanya suka jer dan rasanya tidak lebih dari itu. Saya rasa lapang sangat. Sekurang-kurangnya saya boleh merasa lega apabila mengetahui apa yang patut dia tahu. Sekarang terpulang pada pertimbangannya. Sekirannya dia tidak mempunyai perasaan yang sama dengan saya, sekurang-kurangnya dia tahu. Ehh... brapa banyak sekurang-kurangnya daaa..hehe...

Bila dah mengaku.... dah luahkan mana yang patut, saya akan rasa hidup saya sedikit janggal bila berada dipersekitaran yang sama dengannya. Tapi saya pandang ke hadapan, jangan hidup macam pencuri walaupun dia yang mencuri hati. Saya kena jadi gadis yang kuat dan teruskan hidup. Ramai yang tak berani menggunakan pilihan ini kerana risikonya sangat tinggi. Tapi, saya rasa ianya adalah pilihan yang terbaik sebabnya dia pasti tidak akan merasa kehilangan. Bila dia mengaku menjadi pakwe kepada seseorang saya boleh cheer up dan berlapang dada walaupun saya tahu selepas ini masanya tiada lagi dengan saya. Saya pun mengatakan yang saya pastinya akan melimitedkan masa dengannya. Pilihan ditangan kita. Tiada penyesalan dikemudian hari. And no more touching2. Cukuplah setakat ini sahaja.

Doakan yang baik bagi suatu perhubungan yang baik. Moga setiap yang dilakukan mendapat keredhaan dari Allah dan saya menanti seorang Imam dalam hidup saya. Saya rasa suka tak sama dengan cinta. Cinta adalah cinta. Xoxo

No comments:

Post a Comment